Bab 9 : Ketentuan Berbuka Puasa & Sahur
🔘 Ketentuan Sahur
📕“Hendaklah kalian makan sahur, kerana pada santapan sahur terdapat berkah.” (Muttafaq ‘alaih)
🔹An-Nawawi berkata dalam kitab al-Majmu’, “Waktu sahur adalah rentang waktu antara pertengahan malam hingga terbitnya fajar (waktu Subuh).”
🔘 Hukum Sahur
🔹Sahur yang diperintahkan oleh Rasulullah dalam hadits tersebut hukumnya sunnah (tidak wajib). Hal ini telah menjadi ijma’ (kesepakatan) para ulama. Ijma’ tersebut telah dinukilkan oleh Ibnul Mudzir, an-Nawawi dan Ibnu Qudamah.
🔘 Berkah Sahur
🔹Antara berkah sahur yang disebutkan oleh Ibnu Hajar dan al-Utsaimin:
1⃣: Berkah terbesar yang akan diraih dengan melaksanakan sahur adalah mengikuti sunnah Nabi, baik sunnah qauliyyah (sunnah berupa ucapan Rasul) mahupun sunnah fi’liyyah (sunnah berupa perbuatan Rasul).
📕Zaid bin Tsabit berkata, “Kami pernah melakukan sahur bersama Rasulullah, kemudian kami pergi menunaikan solat Subuh.” Aku (Anas) bertanya, “Berapa selang waktu antara keduanya (antara sahur dan solat Subuh)?” Zaid bin Tsabit menjawab, “Lama bacaan lima puluh ayat.” (Muttafaq ‘alaih)
2⃣: Menyelesihi kebiasaan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani).
📕“Pembeza antara puasa kami (umat ini) dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur.” (HR Muslim)
3⃣: Menguatkan orang yang berpuasa dalam beribadah.
4⃣: Memberi tambahan semangat dalam melaksanakan ibadah.
5⃣: Menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa di waktu terkabulnya doa, kerana terjaga di waktu sahur.
6⃣: Mendapatkan kesempatan untuk menyusulkan niat berpuasa esok harinya, iaitu bagi orang yang lupa berniat sebelum tidur.
🔘 Sunnah Mengakhirkan Sahur Hingga Mendekati Waktu Terbit Fajar
🔹Pelaksanaan sahur disunnahkan diakhirkan hingga mendekati waktu terbit fajar (mendekati waktu subuh). Dalilnya adalah hadits Zaid bin Tsabit yang telah disebutkan di atas.
🔹Al-Imam al-Utsaimin berkata dalam Syarh Riyadh ash-Shalihin, “Bacaan lima puluh ayat berkisar sepuluh minit hingga seperempat jam (lima belas minit).”
🔹Al-Imam al-Utsaimin berkata pula dalam kitab Majmu’ ar-Rasa’il, “Semestinya seorang bersiap untuk menghentikan (menyelesaikan) makan sahurnya sebelum tiba waktu fajar. Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh sebahagian orang yang jika waktu fajar telah dekat sekali barulah ia bergegas melakukan sahur. Ia menganggap bahawa itulah yang merupakan perintah Rasulullah untuk mengakhirkan sahur. Namun hal itu tidaklah benar. Sebab mengakhirkan sahur semestinya dilakukan pada waktu yang benar-benar memungkinkan seseorang untuk menyelesaikan makan sahurnya sebelum terbit fajar.”
🔘 Batas Akhir Waktu Sahur
🔹Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam hal ini, namun yang benar adalah pendapat yang mengatakan batas akhir waktu pelaksanaan sahur adalah terbitnya fajar shadiq (fajar asli) yang merupakan tanda masuknya waktu solat Subuh. Ini merupakan pendapat jumhur ulama termasuk keempat-empat imam mazhab. Dalilnya:
📖 “… Dan makan minumlah kalian hingga tampak jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” (Al-Baqarah: 187)
📕“Bilal biasa mengumandangkan azan di malam hari (sebelum terbit fajar). Rasulullah berkata, ‘Makan dan minumlah kalian hingga Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan azan, kerana ia tidak mengumandangkan azan sampai benar terbit fajar’.” (Muttafaq ‘alaih)
🔘 Melanjutkan Sahur Sebatas Makanan Yang Ada Di Tangan Ketika Mendengar Azan Subuh
📕“Jika seseorang di antara kalian mendengar azan, sedangkan minuman masih ditangannya, janganlah ia meletakkan wadah itu hingga ia menunaikan keperluannya dari minuman itu.” (HR Ahmad dan Abu Dawud, disahihkan al-Albani dan al-Wadi’i)
✅ Al-Imam al-Utsaimin menukilkan pada Jalasat Ramadhaniyyah bahawa sebahagian ulama telah memberikan keringanan tersebut berdasarkan hadits ini. Namun, beliau sendiri berpendapat bahawa yang lebih hati-hati adalah menghentikan makan dan minum ketika itu, meskipun azan hanya berdasarkan dugaan kuat akan terbitnya fajar.
❗Kami menyatakan bahawa selama hadits ini diperselisihkan kesahihannya, sikap yang lebih hati-hati adalah menghentikan makan dan minum saat itu.
📂 (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa’di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)
Bersambung insyaAllah.
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Tidak ada komentar:
Posting Komentar